Buntai's Blog: Bantuan Lesen 1Malaysia (Borang Permohonan BL1M Online). Daftar Sekarang! RM199 Sahaja

Entri Terkini

Lawak

Ilmu

Bantuan Lesen 1Malaysia (Borang Permohonan BL1M Online). Daftar Sekarang! RM199 Sahaja



Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia) : Bagi kami BL1M Online ini satu usaha yang baik dilakukan kerajaan sekarang ini. Cuma diharapkan tidak terhad kepada musim dan tempoh tertentu sahaja.
Kalau dilihat bayaran yang dikenakan….
Bayaran kos mengambil lesen motor contohnya boleh dikatakan agak tinggi sekarang. Dengan harga sekitar RM700 yang dikenakan sudah menjadi kebiasaan. Belum masuk lagi “incidental charge” seperti caj pentadbiran, duit minyak pergi JPJ, test card dan lain-lain lagi.

Kebetulan sekarang pusat belajar memandu di seluruhMalaysia, pastinya menjadi tumpuan ramai terutamanya kalangan pelajar lepasan SPM yang mempunyai begitu banyak masa terluang bagi mendapatkan lesen memandu yang sah. Jadi sedang elok Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M Online) ini diperkenalkan..
Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan borang permohonan BL1M Online (bantuan Lesen 1Malaysia) ini, boleh ikuti prosedur seperti yang kami kongsikan informasi  di bawah ini….Daftar BL1M Online sekarang!

Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program BL1M Online ini. Skim Bantuan lesen 1Malaysia (BL1M) ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

Syarat Kelayakan Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

 

  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ


Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia

1. Untuk membuat permohonan BL1M, sila dapatkan borang BL1M dengan klik pada laman dibawah:



2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

Contoh Borang Online BL1M 




Tarikh Keputusan Permohonan BL1M?

Keputusan BL1M 2013 akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak penganjur akan menghubungi anda semua yang ada menghantar permohonan sebaik sahaja keputusan permohonan BL1M 2013 diumumkan.

Lokasi Belajar Memandu BL1M

Program Bantuan lesen 1Malaysia ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen, berdekatan kawasan tuan/puan.

P/S : Bagaimana? Berminat? Apa kata anda dengan inisiatif kerajaan kali mengenai 1 lagi produk 1Malaysia iaitu Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kali ini?

sumber : beritasemasa
Designed By